Click here for Myspace Layouts

Sunday, February 6, 2011

Panduan Perkahwinan Kepada Pengantin Perempuan & Lelaki

Panduan Kepada Pengantin Perempuan

Isikan borang 2 dan borang simpi berwarna kuning (boleh menggunakan tulisan rumi).
Untuk mendapat pengesahan Imam, sila kemukakan dokumen-dokumen / perkara-perkara berikut :
♫ Kad Pengenalan (asal dan salinan)
♫ Kad Pengenalan wali (asal dan salinan) - bagi pemohon perempuan sahaja
♫ Sijil kursus kahwin (asal dan salinan)
♫ Sekiranya pengantin perempuan ;
i) Seorang balu, sertakan salinan surat mati suami
ii) Seorang janda, sertakan salinan surat cerai



Panduan Kepada Pengantin Lelaki

Isikan borang 1 dan 2.
Untuk mendapat pengesahan Imam, sila kemukakan dokumen-dokumen / perkara-perkara berikut :
♫ Kad Pengenalan (asal dan salinan)
♫ Sijil kursus kahwin (asal dan salinan)
♫ Sekiranya pengantin lelaki seorang duda, sertakan
salinan surat mati isteri / surat cerai



♎ Peringatan

♐ Anak kariah yang tinggal diluar kariah hendaklah menggunakan alamat dalam kariah ketika mengisi borang.
♐ Mereka yang tinggal dalam kariah sebelum genap tempoh 6 bulan tidak layak mendapat pengesahan Imam.
♐ Hanya borang yang lengkap diisi dan disertakan dokumen-dokumen berkaitan akan dibuat pengesahan.
♐ Hantar / ambil borang pada waktu sembahyang di masjid.
♐ Majlis akad nikah HANYA akan di adakan di masjid.
♐ Sila berunding dengan tuan Imam untuk urusan penetapan tarikh dan masa akad nikah.
♐ Pengantin perempuan (berpakaian menutup aurat) dan wali dikehendaki ke masjid pada masa akad nikah berlangsung.

Untuk keterangan lanjut, sila hubungi Pejabat Agama Daerah yang berhampiran (bagi Negeri Kedah sahaja).

Sources: Jabatan Agama Islam Kedah Darul Aman

---------------------------------------------------------------------------------------------------

Prosedur Permohonan Untuk Mendapatkan Kebenaran Berkahwin (Bagi Negeri Kedah)

PERMOHONAN KEBENARAN NIKAH

Borang Permohonan yang telah lengkap hendaklah dikembalikan kepada Pejabat Agama Daerah di mana pemohon tinggal 1 bulan dari tarikh cadangan untuk berkahwin.

1. Salinan Kad Pengenalan

2. Salinan Kad Pengenalan Wali - (bagi pemohon perempuan sahaja)

3. Sijil Kursus Pra Perkahwinan (salinan dan asal)**

4. Kebenaran berkahwin lelaki (jika lelaki daripada luar daerah) - (bagi pemohon perempuan sahaja)

5. Sijil Cerai Asal (bagi pemohon perempuan / lelaki)

6. Surat Mati bekas suami / isteri dan surat Perakuan Nikah / Rujuk - (asal dan salinan) (bagi duda / janda)

7. Kad Perakuan Memeluk Islam (asal dan salinan)** - (jika saudara baru)

8. Kebenaran berpoligami dari Mahkamah (jika berpoligami)

9. Surat kebenaran dari Kedutaan / Pihak berkuasa lain - (bagi pemohon bukan warganegara Malaysia)

10. Kebenaran berkahwin daripada pihak berkuasa tentera / polis
(bagi anggota tentera / polis)

11. Lelaki - Borang 1 & 2 dilengkap dan disahkan oleh Tuan Imam Qariah

12. Perempuan - Borang 2 dilengkap dan disahkan oleh Tuan Imam Qariah


PERINGATAN ılıll|̲̅̅●̲̅̅|̲̅̅=̲̅̅|̲̅̅●̲̅̅|llılı

Kegagalan membawa dokumen-dokumen ASAL semasa datang untuk memohon kebenaran perkahwinan akan mengakibatkan permohonan anda ditolak.

Borang yang telah lengkap diisi hendaklah terlebih dahulu ditandatangani oleh Penolong Pendaftar Kariah / Imam di mana pemohon tinggal

** Sijil asal akan dikembalikan


--------------------------------------------------------------------------------------------------

٩(-̮̮̃•̃)۶ Pemeriksaan Kesihatan Untuk Bakal Pengantin
Perlaksanaan pemeriksaan kesihatan HIV kepada bakal pengantin akan mula dikuatkuasakan pada 1 Januari 2008.

Setiap pasangan yang hendak membuat permohonan berkahwin di negeri Kedah atau memohon didaftarkan perkahwinan luarnegara, mestilah disertakan keputusan pemeriksaan kesihatan.

Pemeriksaan kesihatan ini boleh dibuat di klinik kesihatan yang telah ditetapkan. Sila lihat senarai klinik kesihatan.

Borang permohonan pemeriksaan kesihatan untuk bakal pengantin boleh diperolehi secara percuma di klinik kesihatan yang berkenaan.

Pemeriksaan kesihatan ini adalah diwajibkan ke atas semua bakal pengantin yang hendak membuat permohonan berkahwin di negeri Kedah atau memohon didaftarkan perkahwinan luarnegara.

Permohonan pemeriksaan kesihatan untuk bakal pengantin hendaklah dibuat 3 bulan sebelum tarikh berkahwin.


Sources: Jabatan Agama Islam Kedah Darul Aman

No comments:

Post a Comment