Click here for Myspace Layouts

Tuesday, February 8, 2011

New Job @ Universiti Tunku Abdul Rahman

Syukran Jazilan...
Salam all! ALhamdulillah rezeki kahwin. Lepas aku gerak dr NEC yg terletak di kawasan Free Zone Industry, Selangor... Lamaran dari Universiti Tunku Abdul Rahman, Perak diterima. Walaupun jauh dr Mr Hubby, aku kuatkan semangat jugak untuk " gain experience". Bukan senang dan bukan mudah nk apply jadi lecturer skrg. Sebab utama- Tak ada pengalaman mengajar langsung - Harap2 lepas ni dapat la guna experience ni untuk apply di IPTA khasnya.
Kebaikan Kat Tempat Baru:-
1- Flexible time
2- Kulim to tempat baru, 2.0Hours~2.5Hours ( dulu Shah Alam ~ Kedah 5~ 6 Hours)
3- Gaji masyuk =)
4- Bilik sendiri -xbest duk sowang2 =(

Kesimpulan keje sini sgt best, tapi tak happening mcm tempat dulu!

Ada sket view of the university, layan dulu ye..huhuhuuu



University ni besar tau... cantik, dikelilingi ngan lake =)
Moga Rezeki ku dimurahkan lagi...aminnnn
Pencarian di sekitar Kedah/ Penang akan tetap diteruskan!

Sunday, February 6, 2011

Panduan Perkahwinan Kepada Pengantin Perempuan & Lelaki

Panduan Kepada Pengantin Perempuan

Isikan borang 2 dan borang simpi berwarna kuning (boleh menggunakan tulisan rumi).
Untuk mendapat pengesahan Imam, sila kemukakan dokumen-dokumen / perkara-perkara berikut :
♫ Kad Pengenalan (asal dan salinan)
♫ Kad Pengenalan wali (asal dan salinan) - bagi pemohon perempuan sahaja
♫ Sijil kursus kahwin (asal dan salinan)
♫ Sekiranya pengantin perempuan ;
i) Seorang balu, sertakan salinan surat mati suami
ii) Seorang janda, sertakan salinan surat cerai



Panduan Kepada Pengantin Lelaki

Isikan borang 1 dan 2.
Untuk mendapat pengesahan Imam, sila kemukakan dokumen-dokumen / perkara-perkara berikut :
♫ Kad Pengenalan (asal dan salinan)
♫ Sijil kursus kahwin (asal dan salinan)
♫ Sekiranya pengantin lelaki seorang duda, sertakan
salinan surat mati isteri / surat cerai



♎ Peringatan

♐ Anak kariah yang tinggal diluar kariah hendaklah menggunakan alamat dalam kariah ketika mengisi borang.
♐ Mereka yang tinggal dalam kariah sebelum genap tempoh 6 bulan tidak layak mendapat pengesahan Imam.
♐ Hanya borang yang lengkap diisi dan disertakan dokumen-dokumen berkaitan akan dibuat pengesahan.
♐ Hantar / ambil borang pada waktu sembahyang di masjid.
♐ Majlis akad nikah HANYA akan di adakan di masjid.
♐ Sila berunding dengan tuan Imam untuk urusan penetapan tarikh dan masa akad nikah.
♐ Pengantin perempuan (berpakaian menutup aurat) dan wali dikehendaki ke masjid pada masa akad nikah berlangsung.

Untuk keterangan lanjut, sila hubungi Pejabat Agama Daerah yang berhampiran (bagi Negeri Kedah sahaja).

Sources: Jabatan Agama Islam Kedah Darul Aman

---------------------------------------------------------------------------------------------------

Prosedur Permohonan Untuk Mendapatkan Kebenaran Berkahwin (Bagi Negeri Kedah)

PERMOHONAN KEBENARAN NIKAH

Borang Permohonan yang telah lengkap hendaklah dikembalikan kepada Pejabat Agama Daerah di mana pemohon tinggal 1 bulan dari tarikh cadangan untuk berkahwin.

1. Salinan Kad Pengenalan

2. Salinan Kad Pengenalan Wali - (bagi pemohon perempuan sahaja)

3. Sijil Kursus Pra Perkahwinan (salinan dan asal)**

4. Kebenaran berkahwin lelaki (jika lelaki daripada luar daerah) - (bagi pemohon perempuan sahaja)

5. Sijil Cerai Asal (bagi pemohon perempuan / lelaki)

6. Surat Mati bekas suami / isteri dan surat Perakuan Nikah / Rujuk - (asal dan salinan) (bagi duda / janda)

7. Kad Perakuan Memeluk Islam (asal dan salinan)** - (jika saudara baru)

8. Kebenaran berpoligami dari Mahkamah (jika berpoligami)

9. Surat kebenaran dari Kedutaan / Pihak berkuasa lain - (bagi pemohon bukan warganegara Malaysia)

10. Kebenaran berkahwin daripada pihak berkuasa tentera / polis
(bagi anggota tentera / polis)

11. Lelaki - Borang 1 & 2 dilengkap dan disahkan oleh Tuan Imam Qariah

12. Perempuan - Borang 2 dilengkap dan disahkan oleh Tuan Imam Qariah


PERINGATAN ılıll|̲̅̅●̲̅̅|̲̅̅=̲̅̅|̲̅̅●̲̅̅|llılı

Kegagalan membawa dokumen-dokumen ASAL semasa datang untuk memohon kebenaran perkahwinan akan mengakibatkan permohonan anda ditolak.

Borang yang telah lengkap diisi hendaklah terlebih dahulu ditandatangani oleh Penolong Pendaftar Kariah / Imam di mana pemohon tinggal

** Sijil asal akan dikembalikan


--------------------------------------------------------------------------------------------------

٩(-̮̮̃•̃)۶ Pemeriksaan Kesihatan Untuk Bakal Pengantin
Perlaksanaan pemeriksaan kesihatan HIV kepada bakal pengantin akan mula dikuatkuasakan pada 1 Januari 2008.

Setiap pasangan yang hendak membuat permohonan berkahwin di negeri Kedah atau memohon didaftarkan perkahwinan luarnegara, mestilah disertakan keputusan pemeriksaan kesihatan.

Pemeriksaan kesihatan ini boleh dibuat di klinik kesihatan yang telah ditetapkan. Sila lihat senarai klinik kesihatan.

Borang permohonan pemeriksaan kesihatan untuk bakal pengantin boleh diperolehi secara percuma di klinik kesihatan yang berkenaan.

Pemeriksaan kesihatan ini adalah diwajibkan ke atas semua bakal pengantin yang hendak membuat permohonan berkahwin di negeri Kedah atau memohon didaftarkan perkahwinan luarnegara.

Permohonan pemeriksaan kesihatan untuk bakal pengantin hendaklah dibuat 3 bulan sebelum tarikh berkahwin.


Sources: Jabatan Agama Islam Kedah Darul Aman

Tuesday, February 1, 2011

Wedding Ruslizan & Niza

Kini turn pihak lelaki pula... Majlis perkahwinan pihak lelaki di adakan pada 25hb Dec 2010. Di sini saya attach snap shoot majlis tersebut. Sebab yg sama, official pic berada bersama official photographer kami. Bleh view di link ini: http://www.unikphotographer.com/2010/12/jurugambar-majlis-perkahwinan-kedah.html



Alamak ada dua jek...hihhiihih..layan je la eh

Wedding Niza & Ruslizan

Hi all!
Nikah sudah, kini kenduri sebelah perempuan pulak. Pic x berapa byk. Semua serahkan dkt official photographer. Tunggu 2 bulan after majlis baru nk collect soft copy n album. heeehe. Ni sekadar cuci mata la ye. Alhamdulillah segalanya berjalan lancar. aminnn



Majlis Pada 18hb December 2010
link snap shoot wedding
http://www.unikphotographer.com/2010/12/jurugambar-perkahwinan-kedah-rusliza.html

Sayonara Nec

My last day service with Nec a.k.a Renesas. After 2 years ++ with the company. The most challenges Japanese company huhhuhu... Apa yg best sini? Kawan2 ku... Officemate yg best , happening & sporting. Suka duka dikongsi bersama. Abis je study, alhamdulillah dpt offer tempat baru.Rezeki kawin kan... so rembat la dulu. Ngam2 habis study. Syukur. Kenangan bersama rakan2 semua tak kan ku lupakan!



Boss: En amin yg sporting


En misri: penawar ketika tension

we're wonder women =)


Genereal Manager: Mr Lee

En midi: Bro yg amat close ngan aku


Ardila: Kami yg gedik

Umi: Sopan santun gurl..heeehe


we're together

June, paling close ngan aku

Terima kasih segalanya...